Thursday, July 9, 2009

Sepanjang Penggambaran Video Klip Ula-Ula No Daa (Kadi Molohing Nu)







Baru-baru ini pihak Astro dan RTM telah menghubungi saya untuk mengadakan penggambaran video klip 'Ula-ula' iaitu salah sebuah lagu yang terdapat di dalam album YAHAI (Benn VS Ateng) untuk ruangan Muzik Aktif di Astro Channel 180. Pada mulanya agak terkejut kerana dengan persediaan yang serba tidak cukup ditambah lagi dengan komitmen di sana-sini, saya sedikit gelabah, namun dengan sokongan daripada kakak saya, akhirnya saya berjaya menyiapkan beberapa perkara. Dengan ditemani oleh c Tompukrik-kirik (LP Raphiel) dan kakak saya sendiri,saya akhirnya berjaya sampai ke lokasi - Sunsets Waterfront KK.
Masalah timbul apabila saya kekurangan model manakala c Kubik (Jack Simon Bukag)pula sedang bekerja, panik sedikit apabila c Rapper teda di sisi. Tapi last-last, datang juga c kawan..(tengkiu Kubik)...
Dalam tempoh lebih kurang sehari suntuk juga masa yang diperuntukkan oleh pihak Astro untuk menyiapkan video klip ini...syukur..akhirnya, siap juga...untuk beberapa scene laa...hehehehe...difahamkan selepas ini, ada lagii shot yg belum sukup...hahahaha...adoiiiii...sakit kaplaaa....sabar jak laa.....

1 comment:

Lindut a.k.a Carmel said...

wah,buli tahan oh..congrats..